Sunday, April 8, 2012

Tempoyak pucuk kayu


Bismillahirahmanirrahim,
Alhamdullillah terima kasih Allah, rezeki2...semlm ke pasar tani jumpa pucuk labu....wah boleh masak tempoyak lah hari ni...cuma petai je yg takde...hari tu ada jual kt pasar 2 papan RM10!! Tak percaya?Itulah hakikatnya, bila barang yg susah nk jumpa di Labuan ni...tapi semlm mmg happy la sbb jumpa pucuk labu ni...sedapnya mak!!! 

Semalam siap kol mak cerita jumpa pucuk labu...dan tadi kebetulan ijan datang dengan anak2 dapat lah dia merasa...tak dapat makan kt rumah lah sbb dia nk blk cepat...jadi tapau kan utk dia...sampai rumah dia ckp dia dh jatuh cinta sama ini rasa...hehehhehe..resepi ni dari arwah abah tapi mak yg masak lah...sedapnya mak. Setiap kali balik mak akan carikan juga pucuk labu ni...sayang mak. oklah layan lah resepinya rasa cam bercahaya2 plak mata ni,
TEMPOYAK PUCUK KAYU
dari : dapurmerahibu.blogspot.com

Bahan2:
1 ikat pucuk labu
1 ikat pucuk ubi
4 batang serai
5 helai daun kunyit
2 mangkuk tempoyak
12 biji cili padi
sedikit air
1 paket  santan
garam secukup rasa
sedikit udang basah saiz kecil
sedikit ikan bilis
sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk
2 biji lada merah
2 biji lada hijau

Cara2:
1.Hiris pucuk labu, pucuk ubi, serai dan daun kunyit. Bersihkan dan ketepikan. Untuk pucuk labu bersihkan durinya dahulu.
2. Kisar cili padi bersama kunyit hidup dengan sedikit air.Ketepikan.
3. Kemudian masukkan bahan2 yg telah dihiriskan tadi ke dalam periuk bersama bahan kisar tadi. Gaul sebati.
4. Masukkan pula tempoyak, udang, ikan bilis dan garam. Akhir sekali campurkan terus santan dan gaul rata.
5. Kemudian hidupkan api dengan menggunakan api kecil dan masak sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan lada merah dan hijau yang telah dibelah dua. Sedia untuk dihidangkan.

Alhamdulillah kenyang dah makan...rasa hujung lidah tu dah terubat...

"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu


2 comments:

Nieza said...

sedapnya tgk msk tempoyak gini..memang menyelerakan:)

dapurmerahibu said...

dilla mmg suke lauk ni tambah2 ada petai...hehehe.