Saturday, April 21, 2012

Nasi Goreng Ulam

Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam berdebar hati ni bila si Iman naik suhu badannya 
sehingga 39C.Terus bagi ubat...tapi mata tak boleh tido juga 
mengelap badan adik. Mujur adam suhunya tak naik...
bila dua2 demam ni memang tak tidur lah..
kalau terlelap risau suhunya akan naik. 

Last2 mata terlelap juga jam 3 tapi sebelum tu dh set jam 
utk cek suhu badan anak jam 5...mujur abg terjaga..
cek nak naik hampir ke 40C...cepat2 sumbat ubat...sampai ke pagi lah tak tidurnya...mamai2 lah buat kerja rumah hari ni..
.masak pun yg simple2 jek...
jom layan nasi goreng ulam je,

 NASI GORENG ULAM
dari : dapurmerahibu.blogspot.com

Bahan2:
1 mangkuk nasi
7 biji cili padi
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 batang serai*
1/2 kuntum bunga kantan*
kobis purple*
sedikit kacang panjang *
1 biji telur
2 ekor sotong
sedikit minyak
sedikit garam

Cara2:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang hingga lumat dan ketepikan. Hiris bahan yang bertanda *.
2. Panaskan minyak, goreng bahan yang ditumbuk kemudian masukkan sotong dan goreng seketika.
3. Masukkan telur dan gaul seketika, kemudian masukkan bahan yang bertanda * dan terus masukkan nasi ke dalamnya. Gaul rata dan perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidangkan bersama bawang goreng.


"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu


3 comments:

Nieza said...

nasi goreng ulam pun sodap...sure harum jer bau bunga kantan tu kan.

alahai ciannya Iman..semoga iman jer baik baik yer.

dapurmerahibu said...

Sedap kak..
Tq kak,ni pun berjaga2..risau.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)