Friday, April 13, 2012

Butterprawn




Bismillahirahmanirrahim,

Semalam punya dinner...cuma kali ni telurnya tak berapa cantik sbb nak cepat...hehehhe..tapi rasanya mmg terbaik..terima kasih chef kamarul yg sudi kongsi resepi kegemaran ni...dulu2 kalau ke kedai makan tak sah kalau tak order ni...tapi sekarang puas hati bila dapat buat sendiri...toce3...kita suka chef. Saya kongsikan di sini ye chef...resepinya dibawah,

  BUTTERPRAWN
dari : dapurmerahibu.blogspot.com
resepi asal : chef kamarul


Bahan2:
8 ekor udang besar 
2 biji telur kuning (dipukul) 
4 biji cili padi (potong nipis) 
1 tangkai daun kari
3 sudu besar + 2 sudu besar butter
1 cwn susu cair (saya guna 1/2 cawan)
1 sudu besar bawang merah (dicincang)
1 sudu kecil bawang putih (dicincang)
1 sudu besar minyak masak utk mengoreng

Cara2:
Langkah 1 (floss kuning telur)
1. Panaskan kuali dan masukkan butter 3 sudu dan 1 sudu besar minyak (minyak boleh mengelak butter menjadi hitam kata chef).
2. Masukkan telur kuning dan sentiasa kacau mengikut bulatan sehingga telur bertukar menjadi kuning keemasan.
3. Angkat dan tapis

Langkah 2
1. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kuning keemasan angkat dan tapis.

Langkah 3 
1.Panaskan butter 2 sudu besar, masukkan bawang cincang dan bawang putih cincang.
2. Kemudian masukkan cili padi dan daun kari serta perasakan dengan garam dan gula
3. Tuangkan susu cair dan goreng sehingga semua rata dan kering.Angkat dan letakkan didalam pinggan

Langkah 4
1. Sebelum menghidang taburkan floss telur kuning diatas udang tadi. WALA! (betullah kata chef mmg wala!!!)

Mmg suka sangat resepi ni...bila teragak je mesti guna resepi ni...slalu kalau mkn kt kedai mesti nk order ni kan...mmg favorite lah butterprawn ni...

"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu

3 comments:

Nieza said...

lama tak buat butterprawn ni...sedapnya kalau buat suka meratah gitu jer:)

dapurmerahibu said...

betul3...sgt setuju.

Cik Shiqa said...

aku nak cuba ni.hehe laki eh bakal laki suka jugak makan udang.huahua