Tuesday, December 25, 2012

Udang kara masam manis


Bismillahirrahmanirrahim,
Semalam abang buat suprise...
Macam2 yg dibelinya..
Antaranya...


cik lobster ni..
lama juga tak mkn..
selalu kalau blk kg kami akan bawa blk ni..
antara yg saudara mara suka lobster msk lemak cili padi..
tapi mlm ni DMI buat masak masam manis je..
supaya ank bdua ni boleh mkn sama..






resepinya,
Bahan2:
1 ekor lobster
1 biji bwg besar
1 biji bwg putih
sedikit halia
kicap
sos tiram
sos cili
sos tomato
sedikit madu
sedikit garam
sedikit gula

cara2:
1.rebus lobster
2.untuk sos, hiris bwg dan halia.Kemudian tumis dan letakkan semua sos dan sedikit air.
3.Bila dah mendidih masukkan tomato yg siap dihiris bersama daun sup.

Sunday, December 23, 2012

Vanilla muffin

Bismillahirrahmanirrahim,


Syukur alhamdulillah..semua keperluan Adam utk ke sekolah telah disediakan. Bukan Adam sahaja Iman juga begitu..he3 pening kepala dibuatnya bila Iman pun sama nak buat preparation sedangkan belum tentu lagi nak ke sekolah...Macam2 si Iman sekarang ni...kalau bercakap terpaku nak mendengarnya...he3.Sepatutnya DMI nak buat makan2 sempena Birthday Iman yg ke 3 tahun pada 30/11 yg lepas tapi memandangkan jadual suami yg sangat2 padat maka kami buat anak beranak sahaja...tak jadilah utk meraikannya bersama rakan taulan. Insya Allah Iman, ada kesempatan kita buat ok. Oklah hari ni DMI nak share resepi muffin...muffin vanilla simple je sbb bahannya semua ada di rumah...




Inilah dia muffin yg DMI buat hari ni..kebetulan ada lg choc chip dalam fridge bolehlah dimasukkan dalam adunan..ok resepi sebenar DMI ambil di Internet tetapi telah diubah mengikut selera sendiri...kalau nk tgk resepi asal boleh klik di sini k. Terima kasih empunya resepi..

Bahan2:
2 cwn tepung naik sendiri
1 1/4 cwn susu segar
4 sudu mentega
1/2 cwn gula
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
sedikit choc chip

Cara2:
1. Satukan susu segar,mentega, gula, telur dan esen vanila. 
2. Masukkan tepung dan kacau sebati dan masukkan sedikit choc chip
3. Sudukan adunan ke dalam cup muffin 3/4 penuh.
4. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.
5. Sejukkan dan sedia untuk dimakan.

Selamat menjamu selera

Dapur Merah Ibu

Thursday, December 6, 2012

Durian Crepe

Bismillahirrahmanirrahim,

Penatnya hari ni...
Sgt penat..boleh plak terlelap sekejap ptg td..
ermm...
sangat sibuk di pagi hari 
menguruskan beberapa hal..
nak dijadikan cerita dalam kepenatan tu...
DMI terpanggil utk buat Durian Crepe...
yg sangat2 la hot sekarang ni..
yg lebih semangat lagi nak merasa DC ni ialah suami DMI..
siap beli durian ko..tp tak banyak la 2 biji je..tu pun dah berpuluh ringgit...
maklumla kira kilo..
dan..
AKHIRNYA!!!!
misi DMI petang tadi berjaya dilaksanakan dengan jayanya..
cewah...
apa lagi jom tengok hasilnya...




ya tu dia...
macamana????
cantikkan...hehehe puji sendiri
rasa??
bg penggemar durian mmg sedap...DMI suka
ada dh yg sms DMI ada jual ke DC ni?
buat masa ni DMI tak dptla nk buat sbb sgt2 sibuk...
Insya Allah jika permintaannya di luar jangkaan...
DMI usahakan..
oklah utk resepi DMI ambil dari blogger...
tp DMI  dengan rasa sedihnya...
dalam keghairahan nk buat ptg td DMI lupa utk save linknya.. :(
harap maaf yekkk...


Selamat menjamu selera

Dapur Merah Ibu