Monday, April 16, 2012

Paru Goreng Cili

Bismillahirrahmanirrahim,



 Hujung minggu baru ni ke pasar tani lagi...
alhamdulillah sempat membeli paru lembu ni. 
Biasa pergi tak sempat nak jumpa dah yg tinggal daging dan tulang..
tapi hari tu memang rezeki nak makan rabu goreng cili...

dapatlah lepaskan keinginan nak makan...
kalau paru buat rendang campur pun sedap,
 tapi kali ni teringin nak makan goreng garing2 
pastu sira dengan cili macam yg selalu mak buat...


PARU GORENG CILI
dari : dapurmerahibu.blogspot.com

Bahan2:
Paru
10 tangkai celi kering
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sedikit minyak
sedikit garam 
sedikit gula
sedikit kunyit serbuk

cara2:
1. Cuci bersih paru dan rebus bersama sedikit air dan garam. Kemudian hiris nipis paru dan gaul paru bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng paru dan ketepikan. Sementara itu, kisar 1 biji bawang merah dan bawang putih bersama dengan cili kering yg telah direbus.
3.  Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg telah dikisar tadi. Setelah pecah minyak masukkan sedikit air dan perasakan dengan gula dan garam. Masukkan bersama sebijibawang merah yg telah dihiris. Kacau hingga cilinya agak kering dan tutup api.
4. Kemudian masukkan paru yg telah digoreng tadi ke dalam kuali dan gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu


6 comments:

ogyep yummy mellow said...

Salam kenal.. Kami sekeluarga suka paru goeng cili... Sedappsss..

dapurmerahibu said...

thanks ogyep..buat pedas2 sedapkn ogyep.

Amie said...

Assalamualaikum,
salam kenal dari Amie, follow sini ye

Nieza said...

sedapnya paru msk pedasx2 gini tapi sejak saya dok Finland ni saya belum jumpa org jual paru yg halal.teringin lak nk mkn.

dapurmerahibu said...

Salam kenal amie..tq sudi singgah n follow.

dapurmerahibu said...

Nieza,alahai sian la plak kt nieza...tula, sesekali dpt mkn ni mmg sedap.