Sunday, April 22, 2012

Mee Bandung Tulang


Bismillahirrahmanirrahim,

Sejuknya hari ni hujan dari pagi hingga ke tengahari..
mata ni macam nak terkatup je...
kalau dapat makan ubi kayu rebus kan best..
masa BW ke blog kak amie kecur liur..

Ingat nak juga mencari ubi nya takpe lah cuba
cari esok kalau ada di pasar..tupun kalau ada.
Kalau tak ada kena tunggu hujung minggu la gamaknya....

memandangkan hari ni hujan dan abang ada kelas jadi
tak keluar hanya duduk di rumah dengan anak2 lagi pun ada
tempahan cheese tart dari miza lusa dia nak...
alhamdulillah siap dah kulitnya.

oklah untuk anak2 mee sup dan
untuk kami mee bandung tulang...nak pedas sikit
Kebetulan ada lagi tulang dalam fridge ni...
jom makan mee bandung tulang,
MEE BANDUNG TULANG
dari : dapurmerahibu.blogspot.com

Bahan2:
2 mangkuk mee kuning (untuk 2 orang)
4 ketul tulang
2 biji telur
sedikit sayur sawi
1 biji tomato
1 sudu cili mesin
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sedikit garam
sedikit minyak
1 sudu sos tiram
5 sudu sos cili
5 susu sos tomato
1 sudu sos cili thai
2 susu kicap manis
air

Cara2:
1. Panaskan minyak tumiskan cili kisar hingga terbit minyak bersama bawang merah dan bawang putih yg telah dihiris. Kemudian masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato,sos cili thai dan kicap. Gaul seketika kemudian masukkan air.
2. Masukkan tulang dan tutup kuali seketika. Sementara itu panaskan air di dalam periuk. Bila air mendidih tutup api dan celurkan mee kuning tadi letak sedikit minyak kemudian toskan.
3. Bila daging pada tulang agak lembut, masukkan telur, sayur sawi dan tomato yg telah dipotong. Perasakan dengan garam dan bolehlah ditutupkan api. Sedia untuk dimakan.

"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu

10 comments:

Amie said...

Sedap betul makan mee bandung time hujan begini, di tempat kami pun hujan dari pagi tadi... rasa nak tidur je sepanjang hari!

Rohah said...

Salam kenal,
menyelerakan mee bandungnya..
pebret sesungguh saya nie..

dapurmerahibu said...

kak amie,slurppp!slurpp!abis suda mee nya kak...sama la kite ek kak mmg rasa nk tido je....

dapurmerahibu said...

salam kenal rohah,
tq singgah yek..pebret rohah ke?sama la kite..

Ayu said...

Assalam
mee bandung kalau kasi akak tak tolak punya walaupun dah kenyang akak tetap nak juga..usih dah penuh air liur dah ni..

dapurmerahibu said...

Kak ayu,nnti kalau dilla blk rumah nenek di tanglin hall kita bikin ye..Boleh jemput kak ayu.

Kak Noor said...

Salam kenal daripada Kak Noor. Blogwalking dan tersinggah di blog yang cute sangat nie, ternampak pula mee bandung tulang yang memang-memang sedap sangat. Tengah lapar ni....

Sue @ Nenie said...

Salam Kak...Mee bandung antara menu kegemaran ni, tapi belum pernah merasa versi mee bandung tulang lagi..ada masa nanti nak cuba lah....

dapurmerahibu said...

Salam sue,cuba la sue..kalau ikut selera akak mmg akak minat.

dapurmerahibu said...

Salam kak noor,tq kak nor...hehehe...dh licin kak.nnti kita BW kt blog akak ye..