Friday, April 6, 2012

Nasi Goreng Kampung

Bismillahirahmanirrahim,


Kenapalah malam2 gini hati berdebar2...
Alhamdullillah call mak..mak sihat.
Hati tiba2 rindu sangat kat kampung..dengar plak lagu balik kg ni..
hehehe tgk pula gambar nasi goreng kampung ni..
perghh sampai 7 biji cili padi diletaknya. 
Teragak nak mkn pedas2...ermm lidah melayu.....
nasi goreng pun mesti nak pedas2..
kalau nak buat ikutlah pedas mana yg dikehendaki k..

 NASI GORENG KAMPUNG
dari : dapurmerahibu.blogspot.com

Bahan2:
1 mangkuk nasi
7 biji cili padi
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sayur sawi
1 biji telur
1/2 genggam ikan bilis
sedikit minyak
sedikit garam

Cara2:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang hingga lumat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga kekuningan kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Goreng seketika.
3. Masukkan telur dan gaul seketika, kemudian masukkan sayur sawi yang telah dipotong dan terus masukkan nasi ke dalamnya. Gaul rata dan perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidangkan bersama bawang goreng.

"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu


2 comments:

Nieza said...

sedapnya nasi goreng kg..lama tak mkn ni.kalau kena dgn cili api yg pedas atau sambal belacan tu lagi mantop kan.saya pun rindu nk blk kg gak..huhu :)

dapurmerahibu said...

yekan dpt mkn nasi goreng sambal belacan pun sedap tu...nieza,mcm awak lagi la kan..jauh kat negara org nun..takpe nnti awak buat ye...