Tuesday, January 24, 2012

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Bismillahirahmanirrahim,

Jenguk jap kt blog..dh mlm ni baru dpt nk update..yela ank2 pun dah lena tido...mata ni je yg tak reti nk tido lagi...Sempena cuti Tahun Baru Cina ni kami sekeluarga tak ke mana....hanya di rumah dan keluar pun tuk beli keperluan dapur dan ke pasar...Bila cuti ni banyak skit la permintaan nak itu nk ini...tekak pulak mcm2 yg diinginkan...tapi yg paling seronok bila dapat berkumpul mcm ni...ank2 pun happy...semua happy la gamaknya.hehehe...

Dah lama plak tak masak asam pedas...jadi kebetulan ada plak ikan tenggiri...bahan2 lain pun cukup...apa lagi asam pedas la gamaknya hari ni...Ini dia asam pedas melaka (hometown) tapi dah 6 tahun di Labuan. Bila nak pindah balik sana ni....sabo2 hari tu akan tiba juga. Jadi kita mesti ambil kesempatan ni tuk kenal tempat org...tak kenal maka tak cinta kan?ok le...jom layannnnn.




ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
dari : dapurmerahibu@blogspot.com

Bahan2 :
3 potong ikan tenggiri (ni tuk 2org mkn)
15 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 biji bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
sedikit belacan
sedikit garam
6 sudu makan minyak untuk menumis
semangkuk air asam jawa
1 biji tomato dibelah 4


Cara2:
1. Tumis bahan2 yg dikisar tadi hingga terbit minyak. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Kemudian masukkan ikan tenggiri.
2. Setelah mendidih masukkan garam dan tomato. Tunggu seketika dan siap utk dihidangkan.

"Selamat menjamu selera"

Dapur merah ibu

0 comments: