Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

Bawal sweet sour

Bismillahirrahmanirrahim,
Menu mlm semalam...



Thursday, February 14, 2013

Kari Ikan aka Mak Mertuaku


Bismillahirahmanirrahim,

Hari ini masih lagi bercuti sempena Tahun Baru Cina...
DMI sekeluarga tidak kemana2...
hanya duduk di rumah
mengemas apa yg patut...
letih juga mengemas...
tapi dalam letih2 rasa tidak sabar tu membuak2...
ermm...esok hari yg dinanti dan ditunggu...
good luck abang...do the very best ok sayang..
dah siap2 mengemas sikit2 pagi tadi berhenti utk masak memasak pula...
menu apa yaaa...
kebetulan abang ada beli ikan tenggiri n dalam fridge ada lagi daun kari...
bolehlah buat kari ikan cam mak mertuaku selalu masak tuk abang...
dulu tak pandai nak masak macam mak mertua...
tp setiap kali balik pasti menu ni ada makan dengan nasi dagang mak mertua yg sedap...
maklumlah peberet abang...
jadi kena la belajar dari mak ni...
dan sekarang walaupun tak la 100% sama tapi abang kata dah macam mak masak...
hureeeeee....puas ati....biasalah kan air tangan kita tak kan sama dgn sesiapa pun tp yg penting ada niat nak belajar masak macam mana mak mertua kita masak utk anaknya kannn...
banyak lagi nak belajar dr mak tapi jarak tak mengizinkan...
jadi setiap kali balik kena la belajar ye dakkk...
ok ni dia kari ikan ala mak mertua ku

Menu : Kari Ikan ala Mak Mertuaku
Air Tangan : dapurmerahibuku.blogspot.com

Bahan2:
ikan tenggiri
1 tangkai daun kari
serbuk kari ikan
santan
bawang merah*
bawang putih *
halia*
cili padi
1 sudu cili kisar (kalau nk pedas tambah jgn segan2...he3)
asam keping( ikut la nk masam mana kan...jgn masam muke sudah...he3)
garam sebagai perasa

Cara2:
1. Kisarkan bahan bertanda*. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar bersama cili kisar dan serbuk kari.
2.Tumis hingga pecah minyak dan masukkan daun kari. Masukkan santan dan bila dah mendidih masukkan ikan.
3. Masukkan asam keping dan perasakan dengan santan.
4.Masukkan cili padi dalam 10 biji dan tungu mendidih.Sedia untuk dihidangkan.

Selamat menjamu selera

Dapur Merah Ibu

Tuesday, January 24, 2012

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Bismillahirahmanirrahim,

Jenguk jap kt blog..dh mlm ni baru dpt nk update..yela ank2 pun dah lena tido...mata ni je yg tak reti nk tido lagi...Sempena cuti Tahun Baru Cina ni kami sekeluarga tak ke mana....hanya di rumah dan keluar pun tuk beli keperluan dapur dan ke pasar...Bila cuti ni banyak skit la permintaan nak itu nk ini...tekak pulak mcm2 yg diinginkan...tapi yg paling seronok bila dapat berkumpul mcm ni...ank2 pun happy...semua happy la gamaknya.hehehe...

Dah lama plak tak masak asam pedas...jadi kebetulan ada plak ikan tenggiri...bahan2 lain pun cukup...apa lagi asam pedas la gamaknya hari ni...Ini dia asam pedas melaka (hometown) tapi dah 6 tahun di Labuan. Bila nak pindah balik sana ni....sabo2 hari tu akan tiba juga. Jadi kita mesti ambil kesempatan ni tuk kenal tempat org...tak kenal maka tak cinta kan?ok le...jom layannnnn.




ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
dari : dapurmerahibu@blogspot.com

Bahan2 :
3 potong ikan tenggiri (ni tuk 2org mkn)
15 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 biji bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
sedikit belacan
sedikit garam
6 sudu makan minyak untuk menumis
semangkuk air asam jawa
1 biji tomato dibelah 4


Cara2:
1. Tumis bahan2 yg dikisar tadi hingga terbit minyak. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Kemudian masukkan ikan tenggiri.
2. Setelah mendidih masukkan garam dan tomato. Tunggu seketika dan siap utk dihidangkan.

"Selamat menjamu selera"

Dapur merah ibu

Friday, January 20, 2012

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Padi


Bismillahirahmanirrahim,

Yahoo...esok cuti sampai hari selasa...punya la seronok Adam. Ambil dia dari Tadika tadi ada surat di tangan. Surat dari pihak sekolah berkenaan dengan cuti sekolah...punya kuat dibacanya. Adam dah boleh membaca walaupun baru 4 tahun..cepat je budak2 sekarang kan...Lagipun nampak dia ni mmg minat membaca...dia habis kenal huruf umur 2 tahun. Agaknya anak2 yg lain pun camni gak kan. Budak2 sekarang..okla hari ni kita makan ikan tenggiri masak lemak cili padi...lama gak la tak makan ikan tenggiri. Makan pulak berulam timun kecil2 tu. Nyum2...okla jom cek resepi...


IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI PADI
dari : dapurmerahibu@blogspot.com
Bahan2:
Santan sebiji kelapa
4 keping ikan tenggiri
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
20 biji cili padi (kalau nk pedas boleh tambah)
sedikit garam

Cara:
1. Kisar cili padi dengan semangkuk air, masukkan ikan ke dalam periuk serta bahan kisar tadi beserta serbuk kunyit dan asam gelugur.
2. Kecutkan/didihkan seketika, kemudian bolehlah masukkan santan dan bubuh garam secukup rasa.
3. Didihkan seketika dan siap untuk dihidangkan.

"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu