Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah..kenyang dh..time nak lepak2 dgn anak2 dan abg plak tapi update dulu kat blog yg dah hampir nak bersawang...hehehehe...Hari ni macam hari2 biasa tetap ada tempahan..dah pun dihantar tadi..kenalan baru juga..tq sal...hehehe. Hari ni adam di rumah cuti sekolah...patutnya dia ada kelas iqra' tapi ustazah bercuti minggu ni jadi...rest la dia dlm seminggu ni...tapi di rumah tetap kena ngaji dgn ibu..Terbayang2 waktu dia di pentas sebagai Qari..mengalunkan bacaan..alhamdulillah...tak diduga dia jugalah johan pertandingan Azan di sekolah..bermula dari rumah ibu akan suruh Adam Azan tak kala kami ingin bersolat akhirnya dia johan pd pertandingan lalu..syukur.
Petang tadi sedang ibu sibuk menyiapkan beberapa kerja terima panggilan telefon dr abg...ermm encik grey tak boleh nak masuk gear...jadi kena la pergi menjemput abg di Tiara Hotel kerana menghadiri kursus di sana...mujur semua kerja telah pun disiapkan ketika itu..esok hari sibuk buat kami...terpaksalah bawa anak2 skali...walau ape pun DMI bersyukur kerana dapat melihat anak2 didepan mata biar sibuk mcm mana pun...
oklah hari ni DMI masak Lamb Chop..masuk 3 kali dah selepas dapat anak DMI buat ni...dulu DMI rajin buat ni masa kami berdua...kini permintaan Lamb Chop ni mesti ada dr abg...suka sangat..jomlah DMI share resepinya di sini
Bahan2 :
Daging kambing
bawang merah
bawang putih
sos blackpaper
sos barbeque
sedikit garam
kicap
serbuk cili
madu
Cara2:
1. Kisar bawang dan gaul bersama semua bahan di atas. Perap daging selama 2 jam/lebih.
2. Bakar selama 40 minit pada suhu 180C ikut oven masing2 k..
"Selamat menjamu selera"
Dapur Merah Ibu