Alhamdulillah...
selesai sudah konvokesyen Tadika " " Kali ke-13
maka tamatlah sudah sesi
pembelajaran pendidikan awal Adam
syukur ke hadrat Ilahi
kerana pemberian yang berharga ini...
sekalung tahniah
buat Adam yang telah dengan jayanya
menamatkan pendidikan awal prasekolah nya
tahniah sekali lagi dr ibu dan ayah
kerana Adam buat ibu ayah
gembira sehingga buat ibu menitikkan airmata
moga jadi antara yg terbaik drp kalangan yg terbaik lagi...
anak ibu dpt no berapa?
ya.. soalan yg sering mereka yg berada di sekeliling bertanya..
cuma cukuplah ibu katakan Adam antara 3 yg terbaik dr yg terbaik..
TAHNIAH Adam..teruskan lagi
Happy kita sekeluarga hari ni..
dan ibu tak menang tangan nk ambil gmbr Adam ambil hadiah..
banyak nya hadiah..sampai tak cukup tgn nak bawa..
sbb ayah tiada separuh acara di mana ketika waktu puncak
Adam menerima hadiah...
kerana ayah terpaksa pergi...
pergi utk menduduki peperiksaan..
Good Luck AYAH!!
Insya Allah kita semua akan tgk ayah
Tahniah juga buat ayah kerana berjaya menempatkan diri
di antara mereka yg terbaik..juga 2 yg terbaik setakat result sehingga bln ini..
TAHNIAH AYAH!!juga
abang...
semoga kita sekeluarga mendapat keberkatan
di setiap langkah yg kita atur utk kita sekeluarga..
wah panjangnya bebel DMI hari ni..
ni semua kerana terlalu gembira utk meluahkan rasa di sini..
bukanlah maksud DMI utk meninggi diri tp sebagai
rangsangan utk kita semua mengatur langkah terbaik
utk kita dan anak2..go for it!!!
percayalah..di setiap sifat positif kita
akan terbina satu semangat yg begitu kukuh dan kuat
sehingga kita dpt melihat hasil yg begitu lumayan
bg DMI sekeluarga..
opps...panjang lebor dh..ok takpe
DMI akan letakkan gambar Portugis Egg Tart hasil jualan DMI
yg cam goreng pisang panas bln ni khas utk
tatapan semua..resepinya akan DMI kongsikan nnti.
Salam sayang
Dapur Merah Ibu