Bismillahirrahmanirrahim,
Semalam dah siap memasak semua tiba2 abg ajak pergi beli pizza...
nak rasa pizza baru katanya...
dah beli dia makan 2 keping pastu berenti dah...macam biasalah.
Nasib ada budak 2 orang ni dorg lah tukang perabis...
tak baik ibu membazir ni...hehehehe..bagus!
Lauk semalam abg bawa bekal ke tempat kerja,
abg mmg macam ni kalau ada lauk mmg dia akan bawa. Sebab?
di luar mereka masak bubuh ajinomoto. Kami mmg tak boleh kena,
sekali terus pening kepala...sakit tau kekadang sampai tak boleh buat kerja.
Jadi nasinya apalagi nasi gorenglah...
senang boleh Adam bawa bekal sekali.
Kalau hari2 buat nasi goreng planta ni tetap laku...
selera budak2 lagi2 tak pedas.oklah jomlah kita layan sekejap,
NASI GORENG PLANTA
dari : dapurmerahibu.blogspot.com
Bahan2:
1 mangkuk nasi
3 batang sosej
2 sudu jagung
1 biji telur
1 sudu minyak
sedikit garam
2 sudu planta
Cara2:
1. Panaskan minyak dan goreng seketika sosej kemudian diangkat dan dihiris kecil.
2. Gunakan lebihan minyak tadi dan masukkan sosej yang telah dihiris tadi ke dalam kuali. Terus masukkan jagung. Goreng seketika kemudian masukkan telur.
3. Masukkan nasi dan perasakan dengan garam kemudian gaul rata. Kemudian bolehlah dimasukkan planta dan gaul mesra.
4. Sedia untuk dibawa bekal...
"Selamat menjamu selera"
Dapur Merah Ibu
0 comments:
Post a Comment