Friday, January 18, 2013

Nasi Air ala DMI

Bismilllahirrahmanirrahim,

Syukur alhamdulillah semua rutin harian dapat 
diselaraskan kembali sempena Adam kembali ke sekolah...
dan cepatnya masa berlalu sama cepatnya dengan peningkatan umur..
Happy Birhtday to ME..hehe..

tq pada semua yg tidak lupa akan tarikh kelahiran DMI..
syukur dengan apa yg diberikan Allah..
diam tak diam anak DMI Adam telah 2 minggu 
menjalankan kewajipannya sebagai pelajar...
alhamdulillah kerana Allah telah memberikan 
kesempatan buat DMI mengajar anak bersolat..alhamdulillah.

 Begitu juga dengan adik Iman..
mudahnya mengajar anak yg tidak punya dosa apa2...
harapan DMI agar di setiap hari DMI berkesempatan 
utk duduk mendidik diri sendiri dan anak2 
dalam keadaaan yg penuh dengan kasih dan sayang.
Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan dan kelapangan
 buat DMI dan suami dalam proses mendidik diri dan anak2.
Insya Allah.

Oklah..hari ini DMI ingin berkongsi resepi Nasi Air
 yang suatu ketika dulu telah membuatkan
 DMI begitu jatuh rasa dengan nasi ini..
bermula di zaman belajar sehingga sudah bergelar isteri
 DMI tak pernah lupa untuk singgah ke Simple Kuantan 
untuk menikmati hidangan nasi air di sini..
kini jarak membuatkan DMI terpaksa buat sendiri 
untuk menikmati juadah ini..
malah juadah ini lah yg akan diminta oleh suami 
takala demam melanda..hehehe..

panjang betul berceloteh..hehe2..
oklah jom lihat juadahnya yg DMI buat 2 hari yg lepas...

Nasi Air

Bahan2 :
Sup Ayam
Nasi yg dimasak sehingga hancur (tiada butir nasi)
Telur Asin
Bawang goreng
Ikan bilis goreng
Daun sup
Lobak asin
Kicap pedas (goreng bwg putih bersama cili tanpa minyak kemudian dikisar+kicap) 

Cara2:
1. Sendukkan nasi lembik tadi ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan sup ayam ke atasnya.
3. Hiaskan bersama telur asin, bawang goreng, daun sup dan kicap pedas tambahkan lobak asin jika ada.
4. Sedia untuk dimakan

Selamat menjamu selera

Dapur Merah Ibu