Bismillahirrahmanirrahim...
Breakfast pagi ni...
apa ni????
nila di lempeng tepung...
mkn dgn apa????
request sempena cuti sekolah ni..."ibu,Adam nk mkn dgn kari ayam"
itu dia...kari ayam uuu...
pagi ni selera tul Adam n adik mkn...
nah...
ibu letakkan resepinya di sini ye...
Monday, March 25, 2013
Tuesday, February 19, 2013
Egg Tart
Bismillahirahmanirrahim,
Alhamdulillah order untuk hari ini
dan telah selamat sampai ke customer..
walaupun penat tapi DMI berpuas hati kerana
customer yg lama repeat order dan secara tak langsung...
DMI dapat customer baru melalui iklan yh tak berbayar...
tq to all my customer lama mahupun baru..
akhirnya...siap utk dihantar...
Alhamdulillah order untuk hari ini
dan telah selamat sampai ke customer..
walaupun penat tapi DMI berpuas hati kerana
customer yg lama repeat order dan secara tak langsung...
DMI dapat customer baru melalui iklan yh tak berbayar...
tq to all my customer lama mahupun baru..
akhirnya...siap utk dihantar...
Monday, February 18, 2013
Sunday, February 17, 2013
Saturday, February 16, 2013
Thursday, February 14, 2013
Kari Ikan aka Mak Mertuaku
Bismillahirahmanirrahim,
Hari ini masih lagi bercuti sempena Tahun Baru Cina...
DMI sekeluarga tidak kemana2...
hanya duduk di rumah
mengemas apa yg patut...
letih juga mengemas...
tapi dalam letih2 rasa tidak sabar tu membuak2...
ermm...esok hari yg dinanti dan ditunggu...
good luck abang...do the very best ok sayang..
dah siap2 mengemas sikit2 pagi tadi berhenti utk masak memasak pula...
menu apa yaaa...
kebetulan abang ada beli ikan tenggiri n dalam fridge ada lagi daun kari...
bolehlah buat kari ikan cam mak mertuaku selalu masak tuk abang...
dulu tak pandai nak masak macam mak mertua...
tp setiap kali balik pasti menu ni ada makan dengan nasi dagang mak mertua yg sedap...
maklumlah peberet abang...
jadi kena la belajar dari mak ni...
dan sekarang walaupun tak la 100% sama tapi abang kata dah macam mak masak...
hureeeeee....puas ati....biasalah kan air tangan kita tak kan sama dgn sesiapa pun tp yg penting ada niat nak belajar masak macam mana mak mertua kita masak utk anaknya kannn...
banyak lagi nak belajar dr mak tapi jarak tak mengizinkan...
jadi setiap kali balik kena la belajar ye dakkk...
ok ni dia kari ikan ala mak mertua ku
Menu : Kari Ikan ala Mak Mertuaku
Air Tangan : dapurmerahibuku.blogspot.com
Bahan2:
ikan tenggiri
1 tangkai daun kari
serbuk kari ikan
santan
bawang merah*
bawang putih *
halia*
cili padi
1 sudu cili kisar (kalau nk pedas tambah jgn segan2...he3)
asam keping( ikut la nk masam mana kan...jgn masam muke sudah...he3)
garam sebagai perasa
Cara2:
1. Kisarkan bahan bertanda*. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar bersama cili kisar dan serbuk kari.
2.Tumis hingga pecah minyak dan masukkan daun kari. Masukkan santan dan bila dah mendidih masukkan ikan.
3. Masukkan asam keping dan perasakan dengan santan.
4.Masukkan cili padi dalam 10 biji dan tungu mendidih.Sedia untuk dihidangkan.
Selamat menjamu selera
Dapur Merah Ibu
Wednesday, February 13, 2013
Sambal sotong kering
Bismillahirrahmanirrahim,
Hari ni sibuk mengemas dapur...hehehe.
Dapur Merahku yang bakal ku tinggalkan untuk selamanya..
oppss bukan blog ni tapi the real kitchen kat rumah DMI...
2 hari lepas DMI hanya merehatkan diri...
hari ini bermulanya sesi mengemas...
start dari dapur...
jauh mengelamun di dapur siang tadi...
rasa sayu...sedih...gembira...
semuanya berbaur menjadi 1...
di saat perpisahannya nnti tidak tahu bagaimana...
Ohhh...semua kenangan terukir indah di rumah ini...
kenangan tetap menjadi kenangan...
biarkan kenangan menjadi sejarah terindah buat kami sekeluarga...
jadi DMI tinggalkan seketika buat melakar kenangan di sini pula...
pada yg sudi mencuba resepi ini silakan,
Menu : Sambal sotong kering
Air Tangan : dapurmerahibuku.blogspot.com
Bahan2:
Sotong kering (lupa plak nk snap pic sotong nya..utk info:sotong yg telah dikeringkan)-direndam terlebih dahulu
Cili kering (ikut pedas mana nak)
Bawang merah *
Bawang putih*
sedikit belacan*
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak utk menumis
Cara2:
1. Panaskan minyak. Kisar bahan bertanda * dan tumiskan.
2. Setelah pecah minyak masukkan sotong yg telah dibersihkan. Kacau seketika kemudian masukkan air asam jawa,garam dan gula.
3. Bagi yg gemar meletakkan bawang yg dihiris bolehlah diletakkan dan tunggu hingga mendidih dan pekat sedikit.
4. Setelah masak bolehlah dihidangkan.
DMI buat sambal sotong ni utk breakfast pagi tadi bersama nasi lemak. Anak DMI Adam suka nasi lemak tapi sambalnya sikit je...he3... Untuk kelainan hari ini DMI buat sambal sotong ni...sedap betul tgk anak2 selera makan...si Alisya belum lagi nak bersambal2 ni..HOT!!macam2 kerenah...kat rumah ni dah mcm2 language but at the end dorg faham..alhamdulillah...even suami DMI pun skrg dah faham mandarin..so sweet bila dgr suami ikut2 anak bercakap...he2
ok till then,
Selamat Menjamu Selera
Dapur Merah Ibu
Monday, February 11, 2013
Saturday, February 9, 2013
Blueberry cheese tart with choc cadburry
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah...
Siap sudah menguruskan semuanya...
Actually DMI dah start buat blueberry cheese tart with choc cadburry ni sebln yg lepas...
tapi masa tak mengizinkan utk ditepekkan di sini...
resepinya seperti yg kebanyakkan ada di internet...
DMI juga ambil di internet..
cuma DMI tambah choc cadburry nya sahaja di atas...
nampaknya anak2 suka...
even customer pun byk yg order ni...
tq for all my customer yg tak jemu2 support DMI..
and DMI ada hadiahkan utk anak2 pengasuh (yg mengasuh ank2 DMI suatu ketika dulu)...
Damia and Wani yg menyambut kelahiran pada bln 11 dan 1 yg lepas...
sorry sbb lambat menghantar hadiah..
harap2 mereka suka...
HAPPY BIRTHDAY TO DAMIA AND WANI...
Selamat Menjamu Selera
Dapur Merah Ibu
Tuesday, February 5, 2013
Pajeri nenas
Bismillahirahmanirrahim,
Menu hari ini...
Menu : Pajeri Nenas
Air Tangan : dapurmerahibuku.blogspot.com
Bahan2:
Nenas (dibuang kulit dan dipotong)
bawang merah *
bawang putih*
halia*
sedikit udang kering
sedikit santan
1@2 sudu besar kerisik
3 sudu besar serbuk kari (ayam@ikan)
sedikit minyak utk menumis
Cara2:
1. Bersihkan nenas dan potong mengikut citarasa.
2. Hiris bahan2 bertanda*.gaulkan bersama serbuk kari dan sedikit udang kering.letak sedikit air.
3. Panaskan minyak dan tumis no.2 sehingga garing dan pecah minyak.
4. masukkan air dan sedikit santan. Tunggu hingga mendidih dan masukkan nenas.
5. Masukkan kerisik dan tunggu hingga kuah agak2 pekat sedikit. Perasakan dengan garam dan gula.
Selamat Menjamu Selera
Dapur Merah Ibu
Friday, January 18, 2013
Nasi Air ala DMI
Bismilllahirrahmanirrahim,
Nasi Air
Bahan2 :
Sup Ayam
Nasi yg dimasak sehingga hancur (tiada butir nasi)
Telur Asin
Bawang goreng
Ikan bilis goreng
Daun sup
Lobak asin
Kicap pedas (goreng bwg putih bersama cili tanpa minyak kemudian dikisar+kicap)
Cara2:
1. Sendukkan nasi lembik tadi ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan sup ayam ke atasnya.
3. Hiaskan bersama telur asin, bawang goreng, daun sup dan kicap pedas tambahkan lobak asin jika ada.
4. Sedia untuk dimakan
Selamat menjamu selera
Dapur Merah Ibu
Syukur alhamdulillah semua rutin harian dapat
diselaraskan kembali sempena Adam kembali ke sekolah...
dan cepatnya masa berlalu sama cepatnya dengan peningkatan umur..
Happy Birhtday to ME..hehe..
tq pada semua yg tidak lupa akan tarikh kelahiran DMI..
syukur dengan apa yg diberikan Allah..
diam tak diam anak DMI Adam telah 2 minggu
menjalankan kewajipannya sebagai pelajar...
alhamdulillah kerana Allah telah memberikan
kesempatan buat DMI mengajar anak bersolat..alhamdulillah.
Begitu juga dengan adik Iman..
mudahnya mengajar anak yg tidak punya dosa apa2...
harapan DMI agar di setiap hari DMI berkesempatan
utk duduk mendidik diri sendiri dan anak2
dalam keadaaan yg penuh dengan kasih dan sayang.
Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan dan kelapangan
buat DMI dan suami dalam proses mendidik diri dan anak2.
Insya Allah.
Oklah..hari ini DMI ingin berkongsi resepi Nasi Air
yang suatu ketika dulu telah membuatkan
DMI begitu jatuh rasa dengan nasi ini..
bermula di zaman belajar sehingga sudah bergelar isteri
DMI tak pernah lupa untuk singgah ke Simple Kuantan
untuk menikmati hidangan nasi air di sini..
kini jarak membuatkan DMI terpaksa buat sendiri
untuk menikmati juadah ini..
malah juadah ini lah yg akan diminta oleh suami
takala demam melanda..hehehe..
panjang betul berceloteh..hehe2..
oklah jom lihat juadahnya yg DMI buat 2 hari yg lepas...
Nasi Air
Bahan2 :
Sup Ayam
Nasi yg dimasak sehingga hancur (tiada butir nasi)
Telur Asin
Bawang goreng
Ikan bilis goreng
Daun sup
Lobak asin
Kicap pedas (goreng bwg putih bersama cili tanpa minyak kemudian dikisar+kicap)
Cara2:
1. Sendukkan nasi lembik tadi ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan sup ayam ke atasnya.
3. Hiaskan bersama telur asin, bawang goreng, daun sup dan kicap pedas tambahkan lobak asin jika ada.
4. Sedia untuk dimakan
Selamat menjamu selera
Dapur Merah Ibu
Subscribe to:
Posts (Atom)