Sunday, December 23, 2012

Vanilla muffin

Bismillahirrahmanirrahim,


Syukur alhamdulillah..semua keperluan Adam utk ke sekolah telah disediakan. Bukan Adam sahaja Iman juga begitu..he3 pening kepala dibuatnya bila Iman pun sama nak buat preparation sedangkan belum tentu lagi nak ke sekolah...Macam2 si Iman sekarang ni...kalau bercakap terpaku nak mendengarnya...he3.Sepatutnya DMI nak buat makan2 sempena Birthday Iman yg ke 3 tahun pada 30/11 yg lepas tapi memandangkan jadual suami yg sangat2 padat maka kami buat anak beranak sahaja...tak jadilah utk meraikannya bersama rakan taulan. Insya Allah Iman, ada kesempatan kita buat ok. Oklah hari ni DMI nak share resepi muffin...muffin vanilla simple je sbb bahannya semua ada di rumah...




Inilah dia muffin yg DMI buat hari ni..kebetulan ada lg choc chip dalam fridge bolehlah dimasukkan dalam adunan..ok resepi sebenar DMI ambil di Internet tetapi telah diubah mengikut selera sendiri...kalau nk tgk resepi asal boleh klik di sini k. Terima kasih empunya resepi..

Bahan2:
2 cwn tepung naik sendiri
1 1/4 cwn susu segar
4 sudu mentega
1/2 cwn gula
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
sedikit choc chip

Cara2:
1. Satukan susu segar,mentega, gula, telur dan esen vanila. 
2. Masukkan tepung dan kacau sebati dan masukkan sedikit choc chip
3. Sudukan adunan ke dalam cup muffin 3/4 penuh.
4. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.
5. Sejukkan dan sedia untuk dimakan.

Selamat menjamu selera

Dapur Merah Ibu