Monday, March 26, 2012

Bihun Goreng Pur Purple


Bismillahirrahmanirrahim,

Dia dah boleh mengucap 2 kalimah syahadat,
Dia dah boleh membaca surah,
Dia dah boleh membaca doa,
Dia dah boleh membaca niat wuduk,
Dia dah boleh mengambil wuduk,
Dia dah boleh membaca hadis,
Dia dah boleh membaca bacaan dalam solat,

Bahagialah wahai ibu dan ayah kerana dia adalah bekalan buatmu kelak...Syukur alhamdulillah...semoga kita sama2 dapat membawa bekalan ini. Bimbinglah dan pimpinlah anak2 kita sedari awal lagi. Insya Allah..sama2kita mohon pada Allah moga kita memperolehi anak2 yg soleh dan solehah.
Amin.

Ok jom tengok bekalan perut plak dengan bihun goreng pur purle..



BIHUN GORENG PUR PURPLE
dari : dapurmerahibu.blogspot.com

Bahan2:
1/2 paket bihun
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1/2 genggam udang kering
lobak merah (dihiris)
1/2 tomato (didadu kecil)
kobis purple (dihiris)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
1 sudu kicap
garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara2:
1. Tumbuk bersama bawang merah,bawang putih dan udang kering.Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang ditumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram, sos ikan, kicap dan garam. Kacau rata dan masukkan lobak merah yg telah dihiris halus, kobis purple dan tomato.
3.Masukkan bihun yang telah direndam tadi dan kacau rata. Setelah masak bolehlah dihidangkan dengan telur dadar ,daun sup dan bawang goreng.


"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu

0 comments: