Saturday, March 31, 2012

Agar-agar Buah Campuran


Bismillahirrahmanirrahim,

Geram? Masing2 tak sabar2 nak terjah agar2 ptg tadi...
hehehe panas2 gini bila makan dessert yg sejuk2 ni mmg mengancam habislah...terutamanya ank berdua ni la..
Tetiba masa lepas mkn pagi tadi teringat kat agar2 arwah abah..dulu abah slalu buat agar2 ni tapi ada 1 bahan yg takde...abah ada letak...ermm sedapnya kalau letak bahan ni...lain kali ada bolehlah buat.


AGAR-AGAR BUAH CAMPURAN
dari : dapurmerahibu.blogspot.com

Bahan2:
25g agar-agar/1 paket kecil
1 liter air
1/2 tin buah campuran
1/2 cawan gula

Cara2:
1. Masakkan agar-agar bersama air dan gula.Kacau selalu hingga mendidih dan boleh tutup api serta buat kerja deco mendeco.
2. Pastikan letakkan agar2 dahulu setengah bekas acuan kemudian masukkan buah campuran bersama sedikit airnya. kemudian tambahkan agar2 hingga penuh bekas acuan.
3. Sejukkan di dalam peti sejuk dan sedia untuk nyum2.


"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu

Friday, March 30, 2012

Karipap Ayam Bertelur

Bismillahirahmanirrahim,


Tu dia dah malam baru dapat update..rindu nk merakamkan juadah yg penah dibuat di sini..ecehceehceh...okla nak cerita sikit 2 hari lepas masa ambil adam balik dari sekolah kami singgah di ujana untuk menguruskan beberapa hal, kami berselisih dengan pasangan ni. Mereka bawa 2 anak, sorang didukung dan sorang lagi jalan sendiri dan mereka masuk ke kedai emas...si mak dan si bapak sibuk menilik2 emas langsung tak ambil peduli anak yg berjalan sorang diri ni...

aku perhatikan budak ni dah jauh dari pandangan mak bapak dia. Aku perhatikan lagi lebih kurang 15 minit mak bapak budak ni tak kuar pun dari kedai emas tu..ermmm...tak boleh jadi ni...aku tarik tangan budak yg aku rasa baru setahun lebih tu masuk kedai emas dan aku bg kt parent budak ni.Riak wajah bapak budak ni langsung cam takde pape...yg si mak langsung tak pandang, sibuk dengan emasnya...huhhhh!!!!("mengeluh dlm hati").senang nye dorg dapat anak kan.senangnya dorg...tapi bila dh hilang!!!entahlah susah nak dikata...kalo org yg nmpk tadi bukan aku camana?buatnya org tu culik ke ape ke....arrrr!!!

Ermmm...

Okla sejenak berkongsi cerita jom kita berkongsi juadah untuk makan2...hehehe...lama benor tak makan karipap teringin nak makan jadi esok nak buat karipap tapi esok nak buat yg berpusing plak. Karipap kat sini ni karipap dalam laptop yg dh berkurun.kih2 boleh? Bestnya karipap buat sendiri kan...macam2 boleh letak...macam Karipap Ayam Bertelur ni intinya saya tambah telur rebus...sedap kalau tak caye boleh cuba. Jom2 intai dalam karipap ni..

 tu dia di dalam nya ada telur rebus.Nyum2...


KARIPAP AYAM BERTELUR
dari : dapurmerahibu.blogspot.com

Bahan2:

A)Inti karipap:
 3 biji kentang
1/2 paket ayam kisar
1 biji bawang besar (dikisar)
2 sudu cili kisar
2 sudu rempah kari ayam
sedikit gula
garam secukup rasa
sedikit air
minyak 

Cara2:
 1. Panaskan minyak dan tumis bawang, cili dan rempah kari. Setelah pecah minyak masukkan ayam dan kentang.Gaul seketika.
2. Masukkan sedikit air dan tunggu hingga mendidih. kemudian bolehlah perisakan dengan sedikit gula dan garam.
3. Masak hingga kering, tutup api dan sejukkan.

B) Kulit karipap:
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
4 sudu mentega
sedikit garam
air secukupnya

Cara2:
1. Tinggalkan 1 sudu tepung dan uli tepung ini dengan sedikit mentega hingga menjadi doh seakan mentega. 
2. Padabekas yang lain campur tepung bersama mentega dan gaul hingga sebati kemudian masukkan garam dan air secukupnya.
3. Canai doh kemudian letakkan sedikit doh mentega ke dalam nya.Kemudian canai sekali lagi dan bolehlah diletakkan inti. 
4. Klim lah di tepi karipap dengan cantik.
5. Bolehlah mengoreng tetapi pastikan apinya tidak terlalu panas.

"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu

Monday, March 26, 2012

Bihun Goreng Pur Purple


Bismillahirrahmanirrahim,

Dia dah boleh mengucap 2 kalimah syahadat,
Dia dah boleh membaca surah,
Dia dah boleh membaca doa,
Dia dah boleh membaca niat wuduk,
Dia dah boleh mengambil wuduk,
Dia dah boleh membaca hadis,
Dia dah boleh membaca bacaan dalam solat,

Bahagialah wahai ibu dan ayah kerana dia adalah bekalan buatmu kelak...Syukur alhamdulillah...semoga kita sama2 dapat membawa bekalan ini. Bimbinglah dan pimpinlah anak2 kita sedari awal lagi. Insya Allah..sama2kita mohon pada Allah moga kita memperolehi anak2 yg soleh dan solehah.
Amin.

Ok jom tengok bekalan perut plak dengan bihun goreng pur purle..



BIHUN GORENG PUR PURPLE
dari : dapurmerahibu.blogspot.com

Bahan2:
1/2 paket bihun
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1/2 genggam udang kering
lobak merah (dihiris)
1/2 tomato (didadu kecil)
kobis purple (dihiris)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
1 sudu kicap
garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara2:
1. Tumbuk bersama bawang merah,bawang putih dan udang kering.Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang ditumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram, sos ikan, kicap dan garam. Kacau rata dan masukkan lobak merah yg telah dihiris halus, kobis purple dan tomato.
3.Masukkan bihun yang telah direndam tadi dan kacau rata. Setelah masak bolehlah dihidangkan dengan telur dadar ,daun sup dan bawang goreng.


"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu

Saturday, March 24, 2012

Roti Jala Hijau & Kari Ayam

Bismillahirrahmanirrahim,

Dah minum petang?Jom jamu roti jala hijau...cantekk dan menyelerakan.dan sangat practical botol ni...lain kali boleh buat lagi tapi color lain la plak yek..anak berdua ni mmg minat habis. Adam berpeluh2 makan sbb makan kari yg pada kita tak pedas pun..hanya satu sudu cili je letak...balik2 minum air.

Iman?selamba je makan, bila dh habis 1 keping baru dia minum air..sambil cakap"ibu pedas lah"hehehehe...adik lagi tahan pedas..asalnya bagi dorg cicah sama susu tapi dorg tgk ibu  n ayah cicah kari dorg pun sama.hah amik kan dh pedas...bukan kasi sangat dorg makan pedas ni..yela digest system dorg bukan mcm kita dh beso ni kamu baru 5 dan 2 tahun... takut ape2 jadi...ibu dan ayah sangat2 jaga mkn minum kamu berdua...biar kamu dh bersedia baru lah makan yg pedas2 k...ok meh jamu mata dgn roti jala ni k.

ROTI JALA HIJAU
dari :dapurmerahibu.blogspot.com
roti jala hijau
bahan2:
1 1/2cawan tepung gandum
2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna hijau

cara2:
1.Bancuh semua bahan sehingga sebati.
2.Panaskan kuali dan mulalah menjala.


KARI AYAM
dari :dapurmerahibu.blogspot.com


bahan2:
1/2 ekor ayam
1 biji kentang didadu
3 sudu rempah kari ayam
1 paket santan
1 sudu cili kering yg telah dikisar
1 biji bawang besar(dikisar)
1 biji bawang putih(dikisar)
1 inci halia(dikisar)
1 cawan air asam jawa
minyak utk menumis

cara2:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg telah dikisar bersama cili dan rempah kari. Tumis sehingga pecah minyak.
2.Setelah pecah minyak, masukkan ayam dan air asam jawa dan sedikit air.
3.Masukkan kentang dan tunggu hingga mendidih.
4.Masukkan santan dan tunggu hingga mendidih. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu

Friday, March 23, 2012

Peanut Butter Cupcakes

Bismillahirrahmanirrahim,



Comel tak cupcakes ni? Masa buat ni konon2 nak buat kek cawan je tanpa frosting tapi macam kesian plak iman minta buatkan cupcakes nak sambut birthday...hehehehe..sabo jela bila buat kek je birthday dia. Imaginasi kanak2 2 tahun..Memang tak sampai hati pulak nak buat tanpa ada frosting, pikir punya pikir macam mana nk buat frosting paling senang last2 cek kt fridge ada peanut butter pastu coklat M&M yang tak berabis makan nah terus tinnnggg dpt idea nk buat frosting ni. 

Tapi last2 bila kek nya dah siap...dlm panas2 tu budak berdua ni dah ngap.bila dah siap bancuh frosting hampir separuh dorg dh makan. Apalagi cepat2 la ibu make up cake tu...dan hasilnya macam di atas. Bagi ayah dia suka sebab ada rasa manis masin2...k la ni resepi nya,

PEANUT BUTTER CUPCAKES
dari : dapurmerahibu@blogspot.com

Untuk kek :
Bahan2:
250 gm tepung sponge cake mix
3 biji telur
60 ml susu UHT
60 ml minyak
1 susu esen vanila

Cara2:
1.Pukul telur hingga kembang kemudian masukkan esen vanila.Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit bersama susu dan minyak secara berselang seli.
2.Pukul hingga kembang dengan kelajuan paling tinggi.
3.Masukkan ke dalam cawan cupcakes (saya guna yg kecil utk memudahkan anak2 makan).
4.Bakar pada suhu 130C (oven kecil) selama 40 minit. Kemudian sejukkan.

Untuk filling:
Bahan2:
3/4 cawan peanut butter
1/2 cawan buttercup
1 sudu madu
1 sudu esen vanila
coklat M&M

Cara2:
1.Pukul peanut butter bersama mentega,esen vanila dan madu sehingga sebati.Ketepikan.
2. Sapu pada kek cawan/cupcakes dan hias dengan coklat M&M. Sedia untuk dimakan.

"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu

Thursday, March 22, 2012

Siapa bertuah??

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah botol muncung 3 saya dh terima semalam....Hureyyy!!Sangat2 teruja dan berterima kasih kepada kawan blogger yang baru dikenali Kak Mimi...Semoga persahabatan ini dirahmati dan kita boleh saling berkongsi2 cerita dan idea.So sape2 nk jenguk blog kak mimi boleh klik kt my cooking blog list saya dan cari Aku dan Kehidupanku k. Okla nk juga tayang botol muncung 3 ni kt sini...rasanya org lain dh advance ada benda ni...tapi takpe la just nk share kt sini camana rupanya yek..sila2 leh tengok kt bawah ni yek.



so...adala pesanan penaja dr abg.."bila nk buat ni?"...hehehe dia pun tak sabo nk tgk hasilnya camana..yg pasti akan buat juga...okla tu cerita pasal botol..ni nak cerita mereka2 yg bertuah plak..siapa ye tu..seperti yg dijanjikan di awal blog ni saya dh berjanji untuk memberikan hadiah kepada mereka yg menjadi followers saya yg ke-? tukan.

so saya telah buat cabutan bertuah dan ini dia pemenangnya...so kepada pemenang nntikan hadiahnya k.saya dh buat dua cabutan dan followers yg ke 3 dan ke 5 adalah mereka yg sangat bertuah....ni adalah hasil cabutan anak ke2 saya Iman Alisya..dia yg cabut ok. Tahniah2 sekalung tahniah buat followers saya yg ke-3 kak wan dan followers saya yg ke-5 iaitu Chik Mimi...harap u alls baca entry ni k.saya akan emel pada anda nnti.Kepada followers yg tak kena tu jgn risau k...maybe next time kena u all plak sape tahu kan...saya tetap nk kwn dgn awak.hehehehe.

sesi cabutan bertuah oleh iman merangkap assistant ibu...

gembira hati tu dapat cabut 2 kali...
ye itu dia mari kita lihat siapa yg kena...

taraaa....

tahniah dan terima kasih kerana follow blog saya k...saya akan buat lagi akan datang  so jemput2 kawan2 baru ke blog baru saya...Sudi2kan lah bertandang ke sini. Terima kasih dan selamat berkenalan...

ini dia hadiahnya yg akan saya poskan esok brooch mutiara sabah.tunggu k...

akhir kata "selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu

Wednesday, March 21, 2012

Nasi Lemak Simple Dimple


Bismillahirahmanirrahim,

Sejak dulu hingga kini ini lah makanan kegemaran ibu...tapi ibu tak puas hati kenapa orang sakit hati dengan makanan ini, dikatanya nasi lemak punca kegemukan!!!Punca?Kenapa kami dulu tak gemuk pun?Cuba tanya kawan2 ibu yg seangkatan dan lihat mereka dulu2...hampir setiap hari dikatakan kami makan nasi lemak. Tapi kenapa sekarang mereka2 ni buat kajian nasi lemak mengemukkan...sorry ye saya kurang setuju...tu hanya pendapat dan pengalaman saya sahaja.


Sedapnya..biar apa pun kata orang saya tetap suka nasi lemak. Jom tengok resepinya.

NASI LEMAK SIMPLE DIMPLE
dari : http://dapurmerahibu.blogspot.com

Bahan2:

Bahan  A(Nasi):
2 pot beras
Santan secukupnya
1 sudu garam
sehelai daun pandan
sedikit minyak

Cara:
1. Bersihkan  beras kemudian masukkan santan dan sukat air seperti masak nasi biasa.
2. Masukkan garam, daun pandan dan sedikit minyak dan gaul rata dan bolehlah ditanak.

Bahan B(Sambal):
ikan bilis
15 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 biji bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dihiris)
sedikit belacan kalau suka
sedikit air asam jawa
sedikit gula
garam secukup rasa 
minyak utk menumis

Cara2:
1. Goreng seketika ikan bilis tidak terlalu garing.
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg telah dikisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan belacan, garingkan seketika.
2. Masukkan air asam jawa, ikan bilis dan bawang merah yang telah dihiris. Kemudian perisakan dengan garam dan gula dan tunggu ia kering sedikit.


Sedia untuk dihidangkan bersama timun, telur rebus dan ikan bilis goreng.

"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu

Sunday, March 18, 2012

Apam polkadots

Bismillahirahmanirrahim,

Apam polkodot lagi!!!!!Tu dia penangan apam ni. Oleh kerana esok dah start sekolah jadi layan kan aje la kehendak anak2...dan kehendak ibu yg nak buat lagi.Cuba dan terus mencuba!!Jangan putus asa walau apa pun yang kita buat yang penting niat kita.Tak gitu?


Menarik...

 Tertarik...

 Kau memang debom....

OKla resepinya dan pernah saya cuba dan kalau nak sila rujuk disini k.


"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu

Friday, March 16, 2012

Kue Teow Goreng


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdullillah...cuaca elok hari ni. Hari yang ceria..moga kita dilimpahi rahmat-Nya selalu. Okla hari ini tak nak makan nasi..boleh ke?Boleh je laa kan..bukan bosan makan nasi. Cuma tekak ni nak makan kue teow dan semua di rumah sangat setuju. Seronok2..senang kerja.hehehehe. Kalau kue teow ni digoreng dengan kerang sangat2 la sedapnya kan...tapi sayang seribu kali sayang di Labuan tiada kerang jadi sejak 5 tahun lepas bila balik kg je saya dan abg akan beli kerang mmg tak ingt utk lepaskan keinginan nk makan kerang..jadi bermulanya episod kami frozen kan kerang utk dibawa pulang ke Labuan.Jeng3..so kerang yg saya buat utk kue teow goreng ni adalah kerang frozen. Okla jom kita tengok resepi malam semalam ni dh ditaip tapi tak sempat nk publish.


Alhamdulillah...kenyang dh masing2..cukup2 selera bila ubah makan ni..Anak2 memang selera kalau menunya berubah2. Okla ini resepinya,

KUE TEOW GORENG
dari : dapurmerahibu@blogspot.com

Bahan2:
1 bungkus kue teow
8 ekor udang sederhana besar
sedikit kerang
1 sudu cili yg telah dikisar
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
4 sudu kicap
1 sudu sos ikan
4 sudu minyak
sedikit garam
1 biji telur
sedikit daun kucai
sedikit taugeh

 Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram,sos ikan dan kicap.
2. Masukkan udang dan kerang dan tumis seketika. Masukkan garam secukup rasa.
3. Kemudian masukkan kue teow dan gaul seketika dan buat bulatan ditengah2 dan masukkan telur biarkan telur agak masak dan bolehlah digaul rata.
4. Akhir sekali masukkan taugeh dan daun kucai gaul seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.


"Selamat menjamu selera"


Dapur Merah Ibu

Wednesday, March 14, 2012

Apam polka dots


Bismillahirahmanirrahim,

Apam polka dots....teringin nk rasa, teringin nk buat...dan akhirnya dah masuk kali ni dh 4 kali saya buat. Seronok buat ni bukan ape...sbb ank berdua ni la...Adam siap bawa bekal ke sekolah. Sebelum ini resepinya saya olah sendiri tapi kali ini saya cuba resepi di surat khabar Metro tak ingat la tarikhnya sbb masa tu main salin je resepinya sebab nak cuba pula resepi ni . Sangat la teruja dan seronok...okla jom la kita tengok resepinya.


RESEPI : APAM POLKODOTS
dari : surat khabar Metro

Bahan2 :
250 gram tepung gandum
170 gram gula kastor
150 ml susu cair
1 sudu ovalette
3 biji telur
2 sudu serbuk penaik
1 sudu esen vanila
pewarna 
jem stawberry

Cara2:
1. Pukul telur hingga kembang, masukkan esen vanilla, gula kastor dan pukul lagi.
2. Masukkan ovalette dan masukkan tepung gandum dan dipukul secara selang seli dengan susu. kemudian masukkan serbuk penaik.
3. Apabila adunan telah sebati putar pada kelajuan tinggi dan pukul hingga kembang dalam 7 ke 8 minit.
4. Asingkan adunan dan letak pewarna yang disukai.
5. Letakkan adunan tadi ke dalam bekas acuan bersama inti yang disukai.
6. Hias adunan mengikut kreativiti. 
7. Kukus adunan selama 10 minit. Pastikan pengukus airnya telah mendidih.
8. Siaplah apam polkodot. Terima kasih kepada resepi ini. Sedia untuk dihidangkan.



"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu

Sunday, March 11, 2012

Baking Set


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdullillah...akhirnya jumpa juga yg dicari2 di Parkson. Memang bertuah la ke Parkson hari ni...kebetulan tinggal 2 aje...cepat2 capai takut ditangguh bendanya takde nyesal nnti... Ni la antara barang yg dicari utk buat kek fondant. Selain tu halal gelatin pun dh beli. Tinggal lagi glukose dan gliserin. Dah 2 minggu mencari 2 benda ni sahaja lg utk mengode2 fondant.

Harap2 barang ni sampai la cepat yek...dah tak sabar nk buat dan nk tgk hasilnya. Pada sesape yg terbaca blog ni dan bersimpati...eceh. yelakan, mana tau ada yg menjual barang2 kek ni boleh la pm saya. Ermm...sgt teruja dan tak sabar2. Insya Allah pasti ada. Lakarannya pun dh siap...tgu nk membuatnya lagi. Harap2 dlm minggu ni juga barang2 yg diperlukan cukup.

Okla..moga semuanya berjalan lancar dan moga cuti persekolahan ni dpt diisi dgn aktiviti menarik bersama keluarga.


"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu

Saturday, March 10, 2012

Nasi Ayam Ibu

Bismillahhirahmanirrahim,

Seronok semalam bila Cik A'are datang berkunjung ke rumah setelah sekian lama tak berjumpa. Rasanya lebih 5 tahun tak berjumpa...ye..5 tahun. Lamanya...bila masing2 telah berumahtangga dan kali ini kami berjumpa dengan masing2 telah pun ada 2 org ank...Jadi untuk special guest dan akan pulang esok ke Kota Kinabalu, kami sekeluarga telah menjemput Cik A'are utk mkn malam di rumah. Jadi menu utama mlm semalam adalah Nasi Ayam. Pagi2 lagi aku dah buat sebiji kek. Tengahari aku masak simple jek tuk ank2...sbb sebelah ptg nya aku dh sibuk di dapur tuk sediakan makan malam. Aku seronok sangat2 sbb dorg sekeluarga sudi ke teratak aku yg kecil lg comel ni.hehehehe...okla resepi nasi ayam yg aku persembahkan buat tetamu teristimewa.


Bahan2:

Bahan A (untuk nasi) :
Beras (3 pot)-dibesihkan dan ditoskan
Air (3 pot)
2 sudu minyak sapi
5 biji bawang merah kecil (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
3 sudu mentega(utk warna nasi)
Garam secukup rasa

Cara2(Bahan A):
1. Panaskan minyak sapi dan goreng bahan yang dihirs tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan beras, gaul dan masukkan air dan garam.
2. Tutup periuk dan kecilkan api dan tunggu hingga nasi masak.
3. Apabila sudah masak masukkan mentega dan gaul rata.


Bahan B (untuk sup):
2 manggkuk air
beberapa potong ayam utk dibuat sup
1 biji bawang besar (dikisar)
1 biji bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 sudu rempah kurma (dikisar)
garam secukup rasa
2 biji kentang dipotong dadu
3 sudu daun sup (dihiris)
3 sudu bawang goreng
3 sudu minyak masak

Cara2 (Bahan B):
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dikisar. Setelah pecah minyak, masukkan ayam yg dipotong dadu dan kacau seketika. Kemudian masukkan air dan garam secukup rasa dan tunggu hingga mendidih.
2. Sementara itu masukkan kentang yg siap dipotong dan tunggu hingga mendidih.
3. Apabila kentang telah empuk bolehlah dihidangkan bersama daun sup dan bawang goreng.

Bahan C (Ayam):
1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan
4 sudu kicap
4 sudu sos tiram
4 sudu madu
4 sudu serbuk blackpaper
sedikit garam

Cara2 (Bahan C) :
1. Campurkan kicap,sos tiram, madu, serbuk blackpaper dan garam dan gaul/lumurkan rata pada ayam yg telah dibersihkan.
2. Perap selama 20 minit dan bolehlah digorengkan. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu

Taugeh Goreng Manja


Bismillahirahmanirrahim,

Moga hari ni hari bahagia buat  semua yang mengikuti blog saya. Hujung minggu macam ni, yg bestnya Pasar Tani je la di Labuan ni...so pagi2 teringin plak nk makan char kue teaw jadi lepas berjogging abg g beli kue teaw di Pasar Tani. Semua alatan cukup...lepas siap dimasak tak sempat nk snap masing2 dh tak tahan dgn godaan char kue teaw, semua pakat ngap termasukla yg tukang masak nye.hehehehehe...tukang masak siap 2 org....abang tugasnya mengacau, aku plak tukang isi bahan dlm kuali...hehehehehe...takut terhangus sbb kalau goreng char kue teaw ni kena api kuat...emmm mcm2 tp dlm hati berbunga2 juga sebab abg tolong.okla...kisahnya nk share entry hari ni taugeh goreng kat atas tu..menarik tak?eceh2 bleh plak perasannye lebih..orait moh tgk resepinya.

TAUGEH GORENG MANJA
dari : dapurmerahibu@blogspot.com

Bahan2 :
1 paket taugeh
1 batang daun kucai
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
sedikit ikan bilis
1 biji tauhu (dibelah kecil)
2 sudu minyak masak
2 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
sedikit garam
sedikit air

Cara2 :
1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis terlebih dahulu dan angkat. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan kicap,sos tiram dan kacau seketika kemudian masukkan sedikit air diikuti taugeh dan daun kucai.
3. Masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika, masukkan ikan bilis dan bolehlah diangkat. Jangan goreng terlalu lama nanti taugeh akan lembik. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat menjamu selera"

Dapur merah ibu