Wednesday, January 25, 2012

Sotong Masak Kunyit



Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah perjalanan hari ini baik..moga diberkati Allah hendaknya. So hari ni Adam dah start sekolah. Dalam kereta tadi, masa ambil Adam dari sekolah, Adam bercerita itu ini...apa yg dibelajarnya hari ini. Kalau tahun lepas bila ditanya apa yg dia belajar di sekolah dia cuma jawab entah...hehehehe...tapi kita akan tahu apa yg dibelajarnya bila dia menyebut...tapi tahun ni beza pula, naik kereta terus bercerita apa yg dibelajarnya. Adam...Adam...katanya hari ni ramai yg tak dtg sekolah...masih lagi bercuti Tahun Baru Cina. Okla saya nk share resepi simple hari ni Sotong Masak Kunyit.


SOTONG MASAK KUNYIT
dari : dapurmerahibu@blogspot.com

Bahan2:
5 ekor sotong (dipotong bulat)
1 biji bawang sederhana besar (dihiris)
1 bijji bawang putih (dihiris)
sedikit daun sup (dipotong)
1 biji kentang ( dibelah 6)
1 biji cili (dihiris halus)
2 sudu mkn minyak masak
sedikit garam

Cara2:
1. Goreng kentang dengan sedikit minyak dan angkat. Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Kemudian masukkan sotong dan tambah sedikit air. Setelah itu masukkan kentang tadi, cili, daun sup dan sedikit garam.
3. Apabila kuahnya telah pekat bolehlah diangkat.

Ok semua.

"Selamat menjamu selera"


Dapur Merah Ibu

Tuesday, January 24, 2012

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Bismillahirahmanirrahim,

Jenguk jap kt blog..dh mlm ni baru dpt nk update..yela ank2 pun dah lena tido...mata ni je yg tak reti nk tido lagi...Sempena cuti Tahun Baru Cina ni kami sekeluarga tak ke mana....hanya di rumah dan keluar pun tuk beli keperluan dapur dan ke pasar...Bila cuti ni banyak skit la permintaan nak itu nk ini...tekak pulak mcm2 yg diinginkan...tapi yg paling seronok bila dapat berkumpul mcm ni...ank2 pun happy...semua happy la gamaknya.hehehe...

Dah lama plak tak masak asam pedas...jadi kebetulan ada plak ikan tenggiri...bahan2 lain pun cukup...apa lagi asam pedas la gamaknya hari ni...Ini dia asam pedas melaka (hometown) tapi dah 6 tahun di Labuan. Bila nak pindah balik sana ni....sabo2 hari tu akan tiba juga. Jadi kita mesti ambil kesempatan ni tuk kenal tempat org...tak kenal maka tak cinta kan?ok le...jom layannnnn.




ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
dari : dapurmerahibu@blogspot.com

Bahan2 :
3 potong ikan tenggiri (ni tuk 2org mkn)
15 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 biji bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
sedikit belacan
sedikit garam
6 sudu makan minyak untuk menumis
semangkuk air asam jawa
1 biji tomato dibelah 4


Cara2:
1. Tumis bahan2 yg dikisar tadi hingga terbit minyak. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Kemudian masukkan ikan tenggiri.
2. Setelah mendidih masukkan garam dan tomato. Tunggu seketika dan siap utk dihidangkan.

"Selamat menjamu selera"

Dapur merah ibu

Monday, January 23, 2012

Udang Galah Blackpaper


Bismillahirahmanirrahim,

Rezeki nak makan udang galah....alhamdulillah. Kat Labuan ni mmg payah skit nk dpt udang galah ni. Kebetulan kawan abang nk ke KK jadi dia offer nk ke udang galah....apelagi abg pun pesan la 1 kilo. Nyum2....jadi hari ni boleh la jamu udang galah blackpaper. Masak sambal karang anak kecil 2 org tu tak leh mkn jadi ibu masak blackpaper jela yekkk.

Punya la seronok masak tgk udang ni...fresh dan bukan sangkar tau....dan rasanya hanya kami je yg tahu.heheheheh.....ok la jom layan resepinye:


UDANG GALAH BLACKPAPER
dari : dapurmerahibu@blogspot.com
Bahan2:
4 ekor udang galah
3 sudu sos blackpaper
1 sudu serbuk blackpaper
1 biji bwg besar (dihiris)
1 biji bwg putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 sudu kicap manis
1 sudu gula
garam secukup rasa
2 sudu mkn minyak utk menumis


Cara2:
1. Gorengkan udang yg telah diletak serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yg telah dihiris tadi. Kemudian masukkan sos blackpaper, serbuk blackpaper, kicap manis, gula, garam dan sedikit air.
3. Masukkan udang yg telah digoreng tadi dan gaul rata. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan. Sedia utk dimakan.

"Selamat Mennjamu Selera"

Dapur merah ibu

Udang Galah Masak Cili


Bismillahirahmanirrahim,

Erm...udang galah nyum2. Lain kali boleh pesan lg yek....sedapnya...adoi aitak tau nk kata camana tapi jom la layan Udang galah masak cili ni..cik abg nk masak cili.


UDANG GALAH MASAK CILI
dari : dapurmerahibu@blogspot.com

Bahan2:
4 ekor udang galah
5 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji bwg besar (dihiris)
1 biji bwg putih (dihiris)
1 sudu gula
1 sudu makan air asam jawa
garam secukup rasa
3 sudu mkn minyak utk menumis


Cara2:
1. Gorengkan udang yg telah diletak serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yg telah dikisar tadi hingga terbit minyak. kemudian masukkan air asam jawa, gula dan sedikit garam.
3. Masukkan udang yg telah digoreng tadi dan gaul rata. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan. Sedia utk dimakan.

"Selamat Mennjamu Selera"

Dapur merah ibu

Friday, January 20, 2012

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Padi


Bismillahirahmanirrahim,

Yahoo...esok cuti sampai hari selasa...punya la seronok Adam. Ambil dia dari Tadika tadi ada surat di tangan. Surat dari pihak sekolah berkenaan dengan cuti sekolah...punya kuat dibacanya. Adam dah boleh membaca walaupun baru 4 tahun..cepat je budak2 sekarang kan...Lagipun nampak dia ni mmg minat membaca...dia habis kenal huruf umur 2 tahun. Agaknya anak2 yg lain pun camni gak kan. Budak2 sekarang..okla hari ni kita makan ikan tenggiri masak lemak cili padi...lama gak la tak makan ikan tenggiri. Makan pulak berulam timun kecil2 tu. Nyum2...okla jom cek resepi...


IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI PADI
dari : dapurmerahibu@blogspot.com
Bahan2:
Santan sebiji kelapa
4 keping ikan tenggiri
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
20 biji cili padi (kalau nk pedas boleh tambah)
sedikit garam

Cara:
1. Kisar cili padi dengan semangkuk air, masukkan ikan ke dalam periuk serta bahan kisar tadi beserta serbuk kunyit dan asam gelugur.
2. Kecutkan/didihkan seketika, kemudian bolehlah masukkan santan dan bubuh garam secukup rasa.
3. Didihkan seketika dan siap untuk dihidangkan.

"Selamat menjamu selera"

Dapur Merah Ibu

Tuesday, January 17, 2012

Sup Ketam Terbaik




Bismillahirahmanirrahim,
Selamat petang...baru je dapat nk update blog dan baru jek msg Cik Shiqa merangkap adik kesayangan tuk minta tolong sesuatu....harap2 dia tak bz. Okla tuk arini saya masak Sup Ketam Terbaik....hehehehe. Boleh plak adam n iman bagi nama ni...ni semua gara2 tgk cite Boboboi “Terbaikkk”.hehehehe...asal msk sup ketam dorg dua beradik ni cakap sup ketam terbaik....hehehehe. Memandangkan semua kat rumah ni demam, selsema n batuk jadi saya pun masakla sup ketam...kebetulan ada 6 ekor dalam esbok ni...jadi jomla kita layan resepi sup ketam terbaik....

SUP KETAM TERBAIK
dari : dapurmerahibu@blogspot.com

Bahan2:
6 ekor ketam
setengah bawang besar dihiris
1biji bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
Sedikit daun sup dihiris
3 mangkuk air
1 sudu minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara2:
1.Masukkan minyak ke dalam periuk, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukkan air dan ketam ke dalam bahan tumisan tadi.
3.Akhir sekali setelah mendidih masukkan daun sup yang telah dipotong tadi.

“Selamat menjamu selera”

Dapur Merah Ibu

Sunday, January 15, 2012

Ayam Masak Kurma

Bismillahirahmanirahim,

Baru lepas suapkan Adam n Alisya makan tengahari. Permintaan anak2 hari ni ayam masak kurma. Ermmm.....ni mmg faberet adam n iman. Kalau hari Sabtu n Ahad ni byk la permintaannye. Ada plak yg nk cheese kek. Takpe la ptg ni ibu kode2 kt dapur tgk kalau ada bahan2nya ptg ni juga ibu buat projek kek ok.

Okla bebel pjg plak...jom Ibu nk share resepi kurma mudah yg slalu ibu buat tuk adam n iman. Kata adam nnti kalau adam belajar kt London/Jepun, kalau rindu nk mkn mskan ibu, adam boleh tgk blog ibu ni n msk sendiri. Wow,besarnya cita2 adam....Insya Allah ibu doakan yg terbaik tuk ank2 ibu. Adam baca ni nnti k masa kt London/Jepun.Lagi 13 tahun akan dtg ye sayang.

orait2...


AYAM MASAK KURMA
dari : dapurmerahibu@blogspot.com

Bahan2:
setengah ekor ayam
1 biji bwg besar
1 biji bwg putih
1 inci halia
1 biji kentang
1 biji tomato
2 biji cili merah
3 sudu besar rempah kurma
1 cwn minyak masak
1 mangkuk santan
1 keping asam keping

Cara2:
1. Kisarkan bwg besar,bwg putih,halia dan rempah kurma. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan goreng bahan kisar hingga terbit minyak.
3.Setelah terbit minyak, masukkan ayam dan kentang dan masukkan 2 mangkuk air. Masak hingga mendidih.
4.Bila dah mendidih masukkan santan dan asam keping. Kacau dan tunggu hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan tomato yg sudah dibelah 4 bersama cili merah yang telah dipotong 4. Biar seketika dan bolehla dihidangkan.


Bila tgk adam mkn sampai bertambah2 senang hati ibu...yela adam ni bila dh 5 thn ni payah sikit nk mkn dan memilih berlainan dgn alisya mkn je ape yg disuap...hehehehhe...ape pun hari2 ibu akan masak yg berlainan demi suami dan ank2 tersayang....Ni adalah antara peberet kt rumah ni. Layan okkk

“Selamat menjamu selera”

Dapur Merah Ibu

Nasi Goreng White2



Bismillahirrahmanirrahim,

Selamat pagi Ahad yg ceria...
Dah breakfast?

 Pagi ni DMI buat nasi goreng white2 (permintaan Adam n Iman). 
Ni la nasi goreng kegemaran anak2.
 Nama pun Adam yg letak. Senang nak buat...tak payah bawang.
 Jom layan nasi goreng white2 resepi pertama yg DMI sajikan utk tatapan semua. Layannnnn......


NASI GORENG WHITE2
dari : dapurmerahibu@blogspot.com

Bahan2:
2 mangkuk nasi putih (utk 2 org mkn)
10 keping nugget (terpulang kpd permintaan)
2 sudu minyak
1 biji telur
2 sudu jagung manis
garam secukup rasa

Cara2:
1.Goreng nugget terlebih dahulu. Angkat dan potong kecil2.
2.Masukkan minyak, kemudian masukkan nugget yg telah dipotong, telur dan jagung. Setelah itu masukkan nasi dan gaul rata. Bolehlah letakkan garam secukup rasa.


Senang je kan Nasi Goreng White2....mudah, senang, berkhasiat dan menyelerakan utk anak2. Nasi goreng ni slalu saya buat tuk ank2 bila bawa bekal ke sekolah.

“Selamat menjamu selera”

Dapur Merah Ibu